1 2 3 4 5

Sabtu, 6 September 2014

MAKLUM BALAS PEMANGKIN KEJAYAAN

Maklum balas boleh jadi dalam bentuk pendapat, kritikan mahupun cadangan. Ianya adalah salah satu bahagian yang penting dalam proses berkomunikasi. Maklum balas boleh menjadikan sesuatu situasi atau keadaan itu lebih baik dan boleh juga menjadikannya lebih buruk, bergantung kepada proses komunikasi maklum balas tersebut.

Sekiranya anda MEMBERI maklum balas…
Gunakan ayat yang mudah difahami dan sesuai untuk memudahkan penerima maklum balas memahaminya dengan baik. Tidak kira sama ada lisan mahupun bertulis, intonasi yang digunakan juga perlu dalam keadaan neutral dan tidak menyinggung perasaan orang yang menerima maklum balas. Kematangan pemberi maklum balas dalam menyampaikan mesej akan mempengaruhi proses penambahbaikan yang akan dilakukan pada masa akan datang.

Sekiranya anda MENERIMA maklum balas…
Biarkan pemberi maklum balas memberikan mesejnya dengan sejujur dan seikhlas yang mungkin. Jadikan individu yang memberi maklum balas itu sebagai cermin yang membantu untuk melihat situasi dan keadaan dari perspektifnya. Cuba sebaik mungkin untuk membenarkan diri tidak dipengaruhi oleh emosi. Emosi adalah cabaran paling besar untuk dikendalikan sekiranya pemberi maklum balas tidak memberikan maklum balas dengan baik. Kematangan anda dalam menerima dan memproses maklum balas yang disampaikan pastinya melahirkan kuasa imej yang positif.


Walau siapapun yang memberikan maklum balas, cuba analisis maklum balas tersebut dengan rasional dan mohon pendapat daripada pelbagai pihak kerana kata orang, “intan kalau keluar dari mulut anjing, intan juga namanya”. Setelah analisis yang rasional dan menyeluruh dibuat, barulah langkah penambaikan diambil untuk terus mengorak langkah maju ke hadapan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan