1 2 3 4 5

Isnin, 20 Mac 2017


SEMINAR JOM NEGO GAYO JUTAWAN

Seminar ini menggabungkan semua pakar dalam bidang masing-masing iaitu dalam Psikologi dan Kewangan.

Tujuan utama seminar ini adalah untuk membuka minda semua usahawan dan juga sesiapa sahaja untuk berfikir dan berkerja gaya usahawan.

Tajuk seminar ini di mulakan dengan:

1. Menangani Stres dalam Perniagaan

    Setiap individu, samada usahawan ataupun tidak akan pasti mengalami stres 
    tekanan. Jadi tajuk ini akan dikupas oleh seorang yang pakar dalam bidang 
    ini iaitu Tuan Mohammad Afizul B Mohamad.Beliau merupakan Kaunselor 
    Berdaftar dan sedang menyiapkan Tesis untuk PHD dalam bidang Kaunseling.

2. Komunikasi Berpengaruh(You Can't Lie To Me

    Fokus tajuk ini adalah bagaimana mengesan bahasa badan seseorang 
    individu dalam berkomunikasi. Ianya akan dikupas oleh Tuan Shahrom 
    Hassan dan belaiu merupakan seorang Pakar Bahasa Badan dan juga 
    Kaunselor Berdaftar.

3. Kuasai Wang Anda

    Tajuk ini akan dikupas oleh Coach Faisal Malik. Beliau merupakan seorang
    Pakar Kewangan dan sentiasa memebri ceramah tentang kewangan. Banyak 
    Organisasi dan Individu yang telah di bimbing oleh Coach Faisal Malik.

    Temui mereka di Renaissance Hotel pada 8 April 2017

Khamis, 16 Mac 2017

APA ITU INVENTORI MINAT KERJAYA

Ramai di luar sana mungkin tertanya-tanya tentang inventori minat kerjaya dan apakah keperluannya. Memang di Malaysia jarang di gunakan untuk mengetahui minat kerjaya terutamanya utuk anak-anak kita.

Di Malaysia penggunaan tidak berapa meluas hanyalah tertumpu kepada sekolah-sekolah yang mana ianya akan di kendalikan oleh Kaunselor. Namun sebagai ibu bapa jika kita dapat mengesan minat kerjaya anak-anak seawal yang mungkin, ibu bapa mampu merancang kerjaya anak-anak di masa depan dengan apa yang mereka minat. Oleh yang demikian, tidaklah tersalah pilih kursus semasa di Pusat Pengajian Tinggi.

Manakala untuk jabatan Inventori Minat Kerjaya ini boleh di gunakan sebagai saringan pertama untuk memilih pekerja yang berkualiti dan betul minat pada jawatan yang di tawarkan.

Inventori Minat Kerjaya ini penting di gunakan untuk tahu hala tuju pelajar serta staf dalam satu-satu organisasi.

Ini merupakah salah satu cabang dalam bidang kaunseling.iaitu Kaunseling Kerjaya. Di Protwins Global Sdn Bhd ada menawarkan perkhidmatan Kaunseling Kerjaya ini.

Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi admin kami di talian

03 9107 0310
www.profesionaltraining.com

Jumaat, 3 Mac 2017

PANDANGAN TENTANG KAUNSELOR

Kaunselor merupakan seorang yang mempunyai kelulusan dalam bidang Bimbingan & Kaunseling sama ada Ijazah, Master dan PHD. Di Malaysia Kaunselor di kawal selia oleh satu badan iaitu Lembaga Kaunselor Malaysia di bawah Akta Kaunselor. Kaunselor di kehendaki mendaftar dengan LKM apabila ingin menjalankan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling.

Mungkin ada berpandangan bahawa kaunselor hanya untuk mereka yang bermasalah sahaja dan berada di Sekolah, agensi kerajaan ataupun swasta. Sebenarnya banyak lagi fungsi Kaunselor yang tidak diketahui umum seperti Pemilihan kerjaya, Kaunselor Perkahwinan, untuk kanak dan remaja.Itu sebahagian tetapi Kaunselor boleh membantu sesiapa sahaja yang ingin di bantu oleh Kaunselor.

Oleh yang demikian, Kami ingin membantu ramai diluar sana terutamanya usahawan yang mempunyai fasa down,tidak bersemangat dan juga stres dalam menguruskan bisnes mereka. Kaunselor yang terlatih berbeza kerana mereka telah terlatih dalam bidang mereka tersendiri. Insya Allah satu perkhdmatan kami yang baru di lancarkan adalah Enterpenur Counselor.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi admin di talian 03 9107 0310