1 2 3 4 5

Rabu, 27 Ogos 2014

KENAPA ORANG TAK FAHAM KITA?

Sakitnya hati bila orang tak memahami keperluan kita, perasaan kita dan situasi kita. Semua ini berpunca daripada wujudnya kepelbagaian personaliti yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa. Adakah ianya satu kesilapan terbesar dalam perancangan Yang Maha Esa?

TIDAK! Ianya merupakan perancangan yang terbaik. Cuba pejamkan mata kita dan bayangkan bahawa setiap orang yang lahir ke muka bumi ini dengan semua personaliti yang sama dan serupa. Pasti dunia ini akan bosan dan kurang kepelbagaian.

Kepelbagaian personaliti melahirkan pelbagai kepakaran. Kepelbagaian kepakaran ini diperlukan untuk saling melengkapi kekurangan yang wujud. Sebab itulah wujudnya doktor, juruterbang, jurutera, pensyarah dan sebagainya.

Analoginya mudah, bayangkan bahawa di dalam satu filem atau drama, semua pelakon mempunyai perwatakan yang sama. Apa yang akan jadi kepada filem itu? Menarik atau bosan? Kita pasti tahu jawapannya.

Bagaimana harus kita respon kepada kepelbagaian personaliti ini? Raikan persamaan, hormati perbezaan dan senyum.

Kerjasama bersama HYCEPTION.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan