1 2 3 4 5

Selasa, 26 Ogos 2014

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Siapakah yang membantu kita merancang masa depan kita? Ada perancangan atau tidak? Sekiranya ada, Alhamdulillah. Sekiranya tidak merancang lagi, bersedialah untuk hadapi apa sahaja kemungkinan ataupun mulakan perancangan sekarang juga.

Bukan mudah untuk melakukan sesuatu perkara yang baru. Tetapi apalah salahnya seandainya kita mula memperbaiki diri kita. Perkara yang baik, bukan? Siapa lagi yang akan membantu kita? Jika ada sekalipun, seberapa lama orang itu sanggup membantu kita merancang sedangkan kita sendiri tidak bersungguh-sungguh mahu merealisasikan perancangan itu?

Persoalan seterusnya, jika kita biarkan orang lain merancang untuk kita, adakah perancangan yang diatur itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita? Siapa yang lebih mengenali diri kita? Bagaimana juga orang lain yang menyusun atur perancangan untuk kita itu tahu itu adalah pilihan yang terbaik? Masa akan datang itu rahsia Allah SWT.

Tidak lupa juga ingatan mesra untuk semua, impian dan angan-angan adalah dua perkara yang berbeza. Berharap tanpa usaha adalah angan-angan yang tiba masanya kita akan sedar masa telah disia-siakan dan impian adalah harapan yang disertai dengan usaha serta tawakal kepada Yang Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan