1 2 3 4 5

Jumaat, 22 Ogos 2014

KEPENTINGAN KEPAKARAN

Dalam artikel sebelum ini, kita telah membincangkan tentang Kenali Personaliti dan Berjaya dalam Kerjaya. Pasti ada persoalan yang bermain di minda anda, apa kepentingannya memastikan seseorang kaunselor dan pegawai psikologi itu bertauliah untuk menjalankan ujian personaliti atau tidak?

Mudah sahaja! Ujian psikologi bertujuan membantu anda untuk mengenali diri anda dengan lebih mendalam. Sudah pasti daripada perspektif yang rasional dan tidak berat sebelah. Ya, terdapat pelbagai ujian personaliti yang wujud di alam maya zaman siber ini. Namun, utamanya penghuraian dan proses membantu anda mendalami personaliti diri itu perlu jelas dan tepat.

Sekiranya kaunselor atau pegawai psikologi yang menjalankan ujian personaliti terhadap anda itu tidak bertauliah, adakah proses penghuraiannya tepat dan terbaik? Anda yakin beliau boleh membantu anda? 

Kuasa pengguna di tangan anda, anda yang membuat pilihan. Oh ya, masa depan anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan