1 2 3 4 5

Rabu, 20 Ogos 2014

KENALI PERSONALITI DAN BERJAYA DALAM KERJAYA

Kerjaya adalah antara perkara terbesar yang akan kita harungi sepanjang hidup kita. Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan personaliti kita menjadikan kita lebih mudah berjaya. Kerana itulah penting untuk kita mendalami personaliti diri kita.

Mendalami personaliti individu semakin difahami akan kepentingannya. Hal ini telah menjadi penyumbang utama permintaan perkhidmatan kepada kaunselor dan pegawai psikologi. Kaunselor dan pegawai psikologi bukanlah ahli nujum mahupun tukang tilik yang boleh meramal nasib dan memberitahu masa depan seseorang itu. Mereka cuma pakar yang membantu individu lebih memahami diri sendiri untuk menyerlahkan potensi yang ada.

Sekiranya anda merasakan anda masih belum memahami sebahagian besar daripada diri anda, pergilah berjumpa dengan mana-mana kaunselor dan pegawai psikologi yang bertauliah untuk menjalankan ujian personaliti yang bersesuaian.

Namun, AWAS! Pastikan kaunselor atau pegawai psikologi itu adalah yang bertauliah untuk menjalankan ujian personaliti itu. Anda adalah pengguna, anda perlu bijak membuat keputusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan