1 2 3 4 5

Selasa, 5 Ogos 2014

KEKURANGAN SEBENARNYA KEKUATAN

Kita lebih gemarkan memperbesar kekurangan kita supaya ianya boleh menjadi alasan. Alasan seringkali kita gunakan untuk membenarkan kita menikmati ruang selesa kita. Untuk maju ke hadapan, berkata-kata memang mudah tetapi untuk melaksanakannya pasti ada cabaran-cabaran 'liar' dan 'manja' yang perlu kita lalui. Untuk kekal rasa selesa tanpa perlu maju ke hadapan, alasanlah menjadi benteng untuk kita kekalkan rasa selesa di kedudukan semasa.

Sebenarnya kita tidak memanfaatkan kekurangan kita dengan sebaiknya. Apabila kita mempunyai kekurangan dan kita berusaha untuk mengatasinya, kita sebenarnya telah memanfaatkannya dan maju dalam satu jarak yang sangat bagus. Kurang faham dengan gambaran ini?

Nick Vujicic, seorang insan yang dilahirkan tanpa kedua belah tangan dan kaki, menjadikannya seseorang yang sangat istimewa. Berapa banyak aktiviti yang kita lakukan hari ini menggunakan tangan dan kaki kita? Pernah bayangkan diri kita jika di tempatnya? Apakah aktiviti yang terpaksa kita korbankan? Namun, persoalannya adakah beliau tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang kita lakukan?







Hari ini, insan ini merupakan salah seorang pakar motivasi yang sangat dikenali di seluruh dunia. Beliau berjaya menjadi inspirasi kepada kebanyakan insan yang selalu alpa akan kelebihan yang ada dan sering memperbesar kekurangan yang ada hanya untuk kekal berada dalam zon selesa. Walhal sebenarnya kepayahan mengatasi kekurangan kita itu akan menjadikan kita jauh lebih berjaya. Sekadar sedikit usaha untuk kita sama-sama menjentik minda kita.

Kerjasama bersama HYCEPTION.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan