1 2 3 4 5

Ahad, 21 September 2014

MERANCANG KEHIDUPAN TETAPI TETAP STRES?

Adakah kita selalu stres? Sehingga menyebabkan kita rasa terpukul dan tidak bermotivasi? Besar kemungkinannya adalah kerana kita terlalu bergantung harap terhadap sesuatu perkara.

YA, perlu untuk kita berharap dan merancang kepada sesuatu perkara! Tetapi jangan sesekali kita menidakkan qada' dan qadar Ilahi.

Sentiasalah berdoa mengharapkan jalan hidup yang terbaik daripada Yang Maha Esa. Dalam kita memohon pelbagai perkara yang kita mahu dalam hidup kita, jangan lupa untuk selitkan doa agar dianugerahkan takdir hidup yang terbaik untuk kita.

Oleh hal yang demikian, kita akan tetap berusaha mengikut perancangan kita tetapi sekiranya tidak berlaku seperti yang kita harapkan, kita akan tetap kukuh dan utuh terhadap Yang Maha Kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan