1 2 3 4 5

Sabtu, 28 Disember 2013

Selamat Tahun Baru 2014


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.

Alhamdulillah kita dapat bersama lagi pada penghujung tahun 2013 ini dan menjelang tahun baru 2014 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.

Lumrah manusia, setiap individu inginkan kecemerlangan. Individu yang inginkan kecemerlangan pastinya sentiasa bermatlamat sama ada dalam bentuk fizikal mahupun jiwa.

Sebelum memasuki tahun 2014, kita akan sentiasa memikirkan apakah azam baru untuk tahun baru. Ini juga merupakan matlamat yang kita tetapkan untuk kita capai setiap tahun.

Sebenarnya jika kita ingin mencapai matlamat dalam hidup kita, kita perlu mewujudkan tiga elemen utama dalam diri kita. Elemen-elemen tersebut adalah:-

1. Kemahuan: Kemahuan ini hendaklah hadir dalam diri kita sendiri dan bukannyaa dari orang lain.
2. Keyakinan: Kita perlu yakin dengan apa yang kita lakukan dan yakin Allah sentiasa bersama dengan kita.
3. Berterusan: Juga dipanggil 'Istiqamah'. Usaha kita hendaklah berterusan dan bukannya sambil lewa.

Setelah kita mempunyai ketiga-tiga elemen tersebut, kita pasti akan membawa matlamat dan azam kita untuk melakukan perubahan dalam diri kita untuk menjadi yang lebih baik.

Setiap individu menetapkan matlamat hidup masing-masing. Untuk berjaya dengan lebih cemerlang, biasanya matlamat tersebut perlu:-

1. Dirancang
2. Jelas
3. Boleh diukur
4. Perlu dikongsikan dengan orang lain

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini dan saya ingin ucapkan sekali lagi, Selamat Tahun Baru 2014.



Salam sayang,






UMI LAILA BINTI ABDUL RAUAF
Pengarah Urusan,
Twins Resources Management.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan