1 2 3 4 5

Isnin, 1 Julai 2013

Tamat Separuh Tahun 2013

Apabila 30 Jun 2013 melabuhkan tirai semalam bermakna tamatlah separuh tahun 2013. Hanya tinggal separuh tahun lagi untuk kita menyempurnakan azam dan matlamat yang telah kita tetapkan pada awal tahun. Sudah berapa banyak azam dan matlamat kita yang telah tercapai? Jika lebih daripada separuh ianya adalah sangat bagus untuk kita. Kurang daripada separuh? Jangan gusar. Ayuh berfikiran positif. Susun semula strategi dan laksanakannya agar ianya boleh disempurnakan kesemuanya sekali sebelum 2013 melabuhkan tirai.

Sepanjang separuh tahun 2013 yang telah berlalu, terlalu banyak program yang telah dijayakan oleh TWINS GROUP dan telah banyak juga pihak yang TWINS GROUP telah bekerjasama. Kami, seluruh warga kerja TWINS GROUP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kerjasama dan para pelanggan sama ada individu mahupun organisasi. 

Kepada individu dan organisasi yang masih belum berpeluang untuk berprogram bersama TWINS GROUP, jangan risau! Masih terbuka ruang untuk kita bersama-sama berjuang membantu pembangunan negara dalam bidang pembangunan modal insan.

Semoga kita semua akan terus dilimpahi dengan pelbagai kebahagiaan.

Hubungi kami SEKARANG untuk sebarang maklumat lanjut!

Puan Umi Laila : 013-3781246
Emel : twinsgroup@profesionaltraining.com
Facebook : www.facebook.com/Twinsresourcesmanagement
Website : www.profesionaltraining.com
Minisite : www.seminarprofesional.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan