1 2 3 4 5

Selasa, 1 Mei 2018


[ Fast Action, Fast Result ]


Ini bukan dimaksudkan dengan "Buat keputusan atau tindakan dengan cepat, kalian terus dapat hasil yang diinginkan dengan betul "

Ini mempunyai maksud yang tersirat, tidak semua kata kata motivasi sesuai digunakan untuk situasi atau perkerjaan kita.

Kata motivasi adalah sebuah ungkapan yang kita rasa kena dengan jiwa dan logik akal kita pada situasi tertentu.

Ayat kata motivasi selalunya mudah ringkas dan mudah difahami serta kena dengan jiwa kita secara menyeluruh.

Maksud "Fast Action, Fast Result" adalah,
"Semakin banyak kita silap atau jatuh semakin cepat kita belajar dan improve serta tidak mengulangi kesilapan yang sama"

Lagi laju, lagi banyak kita jatuh, dan lagi cepat kita belajar dari pengalaman tersebut.
Kenapa pula ? Kerana proses kejayaan memerlukan masa dan ilmu. Bukan hari ini buat hari ini dapat hasil. Ia adalah SEBUAH PROSES.

PROSES memerlukan PERJALANAN
PERJALANAN memerlukan TINDAKAN
TINDAKAN memerlukan POTENSI
POTENSI memerlukan TEKNIK
TEKNIK memerlukan GURU
GURU memerlukan ILMU
ILMU memerlukan BELAJAR
BELAJAR memerlukan MANUSIA
MANUSIA itu adalah KITA

Laju tu boleh, pastikan berguru dan amalkan supaya kita minimakan kesalahan untuk terjatuh tersebut, mungkin salah satu caranya teknik Pembelajaran Melihat.

Jumaat, 2 Jun 2017


TEKNIK SALES BAHASA BADAN PELANGGAN

Alhamdulillah Protwins Global Sdn Bhd dengan kerjasama Shahrom Hassan Training akan menganjurkan satu program yang mana memberi peluang kepada semua usahawan samada Online mahupun Offline untuk menimba ilmu dalam bidang bahasa badan.

Bahasa Badan merupakan salah satu elemen dalam komunikasi dan  ianya mewakili 55% dalam komunikasi seharian individu. Jadi Bahasa Badan seorang individu banyak mempengaruhi komunikasi seseorang seharian.

sebagai seorang usahawan setiap masa berjumpa dengan prospek mahupun klien jadi jika seseorang usahawan mempunyai skil untuk membaca Bahasa Badan prospek mahupun klien ianya banyak memudahkan urusniaga mereka.

Oleh yang demikian, kami mengambil inisiatif utk menganjurkan satu kursus yang berkaitan dengan Bahasa Badan Khas untuk usahawan yang akan di adakan pada :-

Tarikh:            10 Jun 2017

Masa :              9.30 pagi - 12.30 petang

Tempat:           Fronte  Centre,Ampang Selangor


Isnin, 20 Mac 2017


SEMINAR JOM NEGO GAYO JUTAWAN

Seminar ini menggabungkan semua pakar dalam bidang masing-masing iaitu dalam Psikologi dan Kewangan.

Tujuan utama seminar ini adalah untuk membuka minda semua usahawan dan juga sesiapa sahaja untuk berfikir dan berkerja gaya usahawan.

Tajuk seminar ini di mulakan dengan:

1. Menangani Stres dalam Perniagaan

    Setiap individu, samada usahawan ataupun tidak akan pasti mengalami stres 
    tekanan. Jadi tajuk ini akan dikupas oleh seorang yang pakar dalam bidang 
    ini iaitu Tuan Mohammad Afizul B Mohamad.Beliau merupakan Kaunselor 
    Berdaftar dan sedang menyiapkan Tesis untuk PHD dalam bidang Kaunseling.

2. Komunikasi Berpengaruh(You Can't Lie To Me

    Fokus tajuk ini adalah bagaimana mengesan bahasa badan seseorang 
    individu dalam berkomunikasi. Ianya akan dikupas oleh Tuan Shahrom 
    Hassan dan belaiu merupakan seorang Pakar Bahasa Badan dan juga 
    Kaunselor Berdaftar.

3. Kuasai Wang Anda

    Tajuk ini akan dikupas oleh Coach Faisal Malik. Beliau merupakan seorang
    Pakar Kewangan dan sentiasa memebri ceramah tentang kewangan. Banyak 
    Organisasi dan Individu yang telah di bimbing oleh Coach Faisal Malik.

    Temui mereka di Renaissance Hotel pada 8 April 2017